DAHULU ,Tindakan Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB) untuk menguatkuasakan undang-undang kecilnya yang menegah wanita berpakaian tidak sopan daripada bekerja di premis perniagaan di kawasan tadbirannya mendapat sokongan penuh oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Seseorang wanita yang memakai pakaian tidak senonoh sebenarnya tidak menghormati dirinya sendiri, jadi bagaimanakah orang lelaki akan menghormati mereka?” "Ini sebenarnya bukan satu undang-undang yang khusus bagi MPKB sahaja. Ia adalah peraturan bertepatan dengan Islam jadi ia tidak patut diperkecil dan dipersoalkan, " tegasnya lagi.
Denda maksimum RM500.00 dikenakan terhadap wanita yang melanggar undang-undang kecil ini. Bagaimanapun kod etika berpakaian ini dianggap biadap dan meragui keupayaan wanita oleh sesetengah pihak.
Menteri Pembangunan Masyarakat, Keluarga dan Wanita ketika itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengatakan bahawa dia sangat terkejut dengan kod etika pakaian seksi yang telah dikuatkuasakan di Kelantan.
“Kenapa mereka fokus kepada isu berpakaian apabila sepatutnya mereka berfikir bagaimana untuk membantu meningkatkan pencapaian wanita Kelantan dan pembangunan masa depan dalam bidang pendidikan dan keusahawanan?” Kata beliau kepada The Star di Lobi Parlimen Selasa lalu dalam komen di muka depan akhbar.
“Pada akhirnya, wanita Kelantan akan menentangnya” Kata Shahrizat memberi amaran.
“Ini sangat kurang ajar bagi wanita di sana. Peraturan ini menunjukkan seolah-olah wanita tidak mampu membuat keputusan mengenai apa yang patut dan yang tidak patut mereka pakai sehingga memerlukan pihak kerajaan membuat keputusan. Ini menunjukkan apakah jenis kerajaan mereka ini”.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pula di dalam ucapannya meminta agar MPKB tidak bertindak sewenang-wenangnya juga tidak bersikap terlalu ghairah bertindak mengikut tafsiran sendiri dalam menguatkuasakan undang-undang kecilnya itu.
"Dalam hal ini, saya minta mereka tidak gunakan peruntukan ini sebagai satu alasan untuk bertindak sewenang-wenangnya terhadap mana-mana pihak sehinggakan ia menjadi sesuatu yang menekan daripada segi kebebasan individu, walaupun kita faham apa yang dimaksudkan tentang pakaian bersopan dan sebagainya," kata Timbalan Perdana Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menyatakan rasa kesalnya terhadap MPKB yang memperbesarkan isu remeh temeh berbanding memikirkan masalah gejala sosial yang perlu diberi keutamaan. Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan Islam, ia bukan caranya untuk memaksa rakyat negara ini untuk berbuat demikian sebaliknya menyediakan sistem yang memudahkan orang ramai melaksanakan tuntutan dalam agama Islam.
“Kita tidak memaksa seperti mana MPKB yang mendakwa mereka sebagai Bandaraya Islam, tetapi penerapan yang mereka lakukan lebih kepada kekerasan dan denda. Kalau pakai tudung tak labuh kena denda.
“Saya tak setuju dengan pandangan mereka supaya memakai tudung kerana dalam Islam bukan pakai tudung tetapi menutup aurat, bagaimana hendak pakai tudung, terpulang kepada wanita itu asalkan mereka mengikut syarat yang dikehendaki,”“Sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan isu yang lebih besar daripada isu memakai tudung seperti isu pengkid dan menangani masalah sosial. Cara mereka memaksa dan mendenda tak kena sebaliknya dalam Islam apa yang perlu, kita patuhi mengikut hukum dan syarat,” Katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah di Kuala Lumpur.
Persoalannya kini, adakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya merupakan sesuatu yang remeh? Samaada kita suka ataupun tidak sesuatu hukum yang putus seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain tidak boleh diubah mengikut peredaran zaman juga tidak boleh ditafsir mengikut pandangan dan kepentingan sendiri.
BAGI DIRI ANA YG NAIF NI ,ANA menyokong sepenuhnya usaha murni yang telah diambil oleh MPKB. Ia merupakan jalan terbaik ke arah membasmi pelbagai gejala keruntuhan moral yang melanda masyarakat kita yang dilihat amat rendah nilai harga dirinya pada hari ini. Lansung tidak mengambil berat perihal menjaga maruah diri dan agama bagaikan tidak takut pada kemurkaan Allah. Perkara yang amat menyedihkan kita adalah, masyarakat Malaysia kini sudah lupa siapa dirinya. Dengan sombong bertindak mengikut hawa nafsu, dikaburi oleh harta dan pangkat lantas tuntutan agama dikesampingkan.
Hayatilah Sabda nabi SAW :
“إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها”
Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kita), maka janganlah kamu mencerobohinya, dan Dia telah mewajibkan bagi kamu beberapa kewajiban maka jangan sesekali kamu mengabaikannya dan Dia telah mengharamkan beberapa perkara maka janganlah kamu melanggarinya."

ANA:bukan nak politik tp ingatan bersama

No comments:
Post a Comment