MARI kita berhenti sejenak,
merenungi kembali bekas langkah-langkah kita dalam kehidupan ini. Melihat dengan cermat dalam apa saja yang telah kita lakukan selama ini. Perhatikan, adakah langkah-langkah kita dimulakan dari tempat yang baik? Adakah dalam perjalanannya langkah kita terhenti di tempat-tempat yang semestinya? Dan yang paling penting, adakah langkah-langkah kita menuju kepada-Nya.
Andai kita jujur, mungkin kita akan mampu melihat langkah-langkah kita ternyata sering berselisih dengan kehendak-Nya. Lihatlah kehidupan kita, ketika demikian ramai saudara kita mengais sesuap nasi, kita sering masih sering membiarkan butiran-butiran nasi tersisa di pinggan kita dan terbuang begitu sahaja!
Ketika ramai saudara kita berhutang ke sana ke mari, kita masih sering membeli barang-barang mewah yang sesungguhnya tidak begitu penting. Ketika Allah memerintahkan kita untuk beribadah kepada-Nya, kita masih sering lalai dan menyibukkan diri dengan pelbagai hal lain.
Belum lagi jika kita mengingati bahawa ternyata kehidupan kita selama ini belum benar-benar berpandu kepada-Nya. Waktu yang kita telah lalui ternyata lebih banyak untuk kepentingan dunia kita. Mari tanyakan diri kita : Berapa banyak waktu telah kita gunakan untuk beribadah kepada-Nya? Berapa banyak waktu telah kita habiskan untuk membaca firman-Nya? Berapa banyak ilmu yang telah kita pelajari unuk meningkatkan iman kepada-Nya?
Apakah hati kita terlalu jauh dari-Nya, sehingga sukar bagi kita untuk mengingati bahawa semua yang terjadi hanyalah atas kehendak-Nya? Sehingga sukar bagi kita menyedari bahawa semua milik kita hanya dititipkan-Nya untuk sementara?
Apakah kita telah menjadi manusia sombong yang selalu mahu mengaut kejayaan dan keberhasilan hidup kita kepada diri kita sendiri? Jikalau rasa itu masih ada, mari tanuakan pada diri kita : Tidak takutkah kita jika Allah mengazab kita atas kmesombongan itu? Tidak takutkah kita jika Allah menarik semua kurniaaan-Nya? Lupakah kita bahawa Allah telah berfirman akan mengazab orang-orang yang kufur nikmat?
KATAKANLAH,
”MENGEMBARALAH DIMUKA BUMI! PERHATIKANLAH BAGAIMANA ALLAH MEMULAI CIPTAAN-NYA. KEMUDIAN ALLAH MENCIPTAKAN SEKALI LAGI.SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU.”
al-Ankabut : surah 29 : ayat 20
ANA:SUKE MERANTAU

No comments:
Post a Comment