Thursday, January 1, 2009

SELANGKAH KE HIJRAH SETAPAK KE MASIHI 1430h/2009m



Assalamualaikum & salam sejahtera pada semua
Setelah lama ana menyepi diri dalam ruangan ini tau-tau jerr dah nak masuk tahun baru kan .
so tak kira lah apa saja azam anda tahun baru ni yg pasti jadikan diri kita pada tahun yg mendatang ni lebih baik dar tahun 2008 yg akan kita tInggalKAN .

Dan moga-moga tahun baru ini lebih mendekatkan diri kita pada ALLAH
Lebih kerap lagi kita berdoa,
lebih ringan tulang dalam beramal,
lebih baik dari semalam
dan jangan sesekali “lebih-lebih”

insyaALLAH di tahun baru2009 ni ana akan meng”update”kan ruangan ini dengan pelbagai tajuk yg hot kalau korang nak tau pastikan sentiasa stay tuned with me hehehehe dan insyaALLAH banyak lagi kisah tentang pengalaman ana sendiri dan topik serta info-info tentang islam yang sedang dalam pembikinan……………………….
jadi di akhir tahun 2008 ni ana akan tinggalkan korang dengan sebuah puisi
sekadar muhasabah diri
Aku masih berdiri
Merenung dalam diri
Menghitung dosa hati
Sebelum hatiku mati.
Hatiku kian gelap
Lantaran api cinta kepada Ilahi yang malap
Ruh Islamku tidak digilap
Kerana kejahilan yang menelap.
Orang lain sudah berlari
Mengejar cinta Ilahi
Kembara yang suci
Ke negeri abadi.
Sedang aku masih mamai
Mencari arah perjalanan hidupYang lurus dan benar
Demi bayangan-Nya yang redup.
Iktibar hijrah nabi
Aku kembara sendiriMencari cinta ilahi
Dalam kekalutan duniawi.
Tafakurku dalam-dalam
Tentang kejadian seluruh alam
Betapa agungnya engkau
TuhanMaha Pengasih Maha Penyayang.
Ku muhasabahkan diri
Mencari-cari jatidiriYang ditenggelami
Keegoan manusiawi.Tafakurku dalam diam
Fikirkan tentang dosa
Yang hitam zulumat
Dalam hati sendiri.
Berikanku petunjuk ya Ilahi
Jalanmu penuh ranjau berduri
Jikapun aku adalah pemimpin tertinggi
Didepan-Mu kuhanya abdi.


ANA:renung-renungkan dan selamat beramal………………hehe macam penah dengar ye ayat ni tapi dimana ek?

2 comments:

luckyS said...

cipta sendiri ke ciplak oran nye puisi?
hek3
pekabr?
peciter sekarang?
senyap jek..

luckyS said...

dah lupe address blog sendiri ke? dah bersawang dah blog ko ni.. huhuhuh (..aku pon penah dapat comment sebijik camni sebab tak update.. sebab tu bg kat ko plak, hehehe...)